Bina Website Murah

Promosi Laman Web Mampu Milik 2024 hanya serendah RM1,550.00. Sah sehingga 31 May 2024. Tempah Sekarang!!!

ASAS PEMBINAAN LAMAN WEBSITE

Ingin bina laman web perniagaan anda sendiri? Jom pelajari asas pembinaan laman web langka demi langkah tanpa perlu ilmu coding dan programming.

Ada perancangan untuk membina laman web sendiri? Tak tahu bagaimana untuk nak bina laman web?

Bagus, sebagai pemilik perniagaan sememangnya anda memiliki laman web sendiri bagi memasarkan produk atau perkhidmatan anda. 

Cuma ramai usahawan takut untuk membina laman web atau sales page sendiri kerana kekangan ilmu teknikal.

Jadi, di sini kami memberikan asas yang perlu di ketahui dalam membina laman web. Kami tunjukkan cara paling mudah tanpa perlu mengetahui tentang ilmu coding.

Namun, sekiranya anda kurang berkeyakinan untuk membina laman web sendiri pihak kami sedia membantu dengan caj yang berpatutan.

Klik  disini untuk info lanjut khidmat bina laman web yang ditawarkan oleh kami.

Sekiranya anda ingin merasai sendiri membina laman web, teruskan membaca langkah-langkah yang kami senaraikan dibawah sehingga akhir.

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI?

Bagi memudahkan pelajari bina laman web sendiri, kami senaraikan apa yang akan anda pelajari dalam tutorial langkah demi langkah seperti berikut :

    1. Apa yang anda perlukan untuk bina laman web?
    2. Cara mendaftar Domain dan Hosting.
    3. Cara memasang (install) WordPress.
    4.  Membuat tetapan asas laman web WordPress (termasuk mendapatkan https ).
    5. Memilih dan memasang tema (theme) laman web.
    6. Memilih dan memasang plugin yang penting dan diperlukan.
    7. Cara memasukkan kandungan (Content) ke dalam laman web.
    8. Memilih dan memasang Payment Gateway laman web.

APA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK BINA LAMAN WEB?

Sebelum anda membina laman web, anda memerlukan :

    1. DOMAIN – nama laman web anda seperti laman web kami ini : binawebsitemurah.com. Ia boleh diibaratkan sebagai alamat rumah. 
    2. HOSTING – tempat atau server yang menyimpan data, kandung, fail dan sebagai berkenaan laman web anda. Ia boleh diibaratkan sebagai tapak rumah. 

DOMAIN

Ia merupakan nama bagi laman web anda. Jadi pastikan nama ini sesuai dengan jenama anda serta ia menjadi sebagai jenama untuk perniagaan yang mudah diingati dan dicari oleh pengguna.

HOSTING

Apa yang penting dalam memilih Hosting adalah – kelajuan, khidmat sokongan dan keselamatan.

Ketiga-tiga aspek ini amat penting sebelum melanggan sesuatu server dari pembekal perkhidmatan.

Ini kerana pelawat laman web tidak suka menunggu terlalu lama dan pelawat akan meninggalkan laman web sekiranya tempoh loading terlalu lama.

Selain itu juga, pastikan Khidmat Pelanggan pembekal perkhidmatan hosting ini mudah dihubungi sekirannya ada sebarang masalah yang timbul berkaitan laman web. Pastikan pembekal perkhidmatan menyediakan khidmat 24/7 bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari.

Bagi keselamatan laman web, pastikan penyedia perkhidmatan hosting menawarkan SSL secara PERCUMA yang akan membuatkan laman web anda tertera perkataan https seperti gambar dibawah.

Laman web yang mempunyai SSL akan tertera perkataan https dan simbol padlock yang menunjukkan laman web tersebut selamat

JOM MULAKAN LANGKAH DEMI
LANGKAH BINA LAMAN WEB

PEMBELIAN DOMAIN DAN HOSTING

Untuk pembelian domain dan hosting, ianya boleh di beli serentak dalam satu pembekal perkhidmatan. Bagi kami, kami menggunakan khidmat khidmat pembekal ServerFreak kerana ianya diyakini memberi khidmat yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun cuti umum. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat ServerFreak, sila klik butang dibawah :

Kenapa Kami Memilih SERVERFREAK?

    1. ServerFreak memiliki pengalaman lebih dari 10 tahun
    2. Menawarkan pilihan harga yang berpatutan sesuai dengan pengguna Malaysia
    3. Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam / 7 hari seminggu termasuk cuti umum dengan tempoh respon yang pantas.

#LANGKAH 1 : DAFTAR NAMA DOMAIN DAN HOSTING

Pertama sekali anda perlu ke laman web ServerFreak (sila klik disini), klik Web Hosting (1) dan klik pada cPanel Hosting (2)

Seterusnya, scroll ke bawah sehingga anda nampak pilihan pakej hosting seperti dilampirkan.

Seterusnya, scroll ke bawah sehingga anda nampak pilihan pakej hosting. Semak dengan teliti dan pilih pakej hosting yang anda kehendaki.

Ciri-ciri Hosting pilihan :

    1. Memori Pengkalan Data atau server
    2. Data setiap bulan, contoh 100GB Data Transfer
    3. RAM Pengkalan Data atau Server RAM
    4. Email akaun

Nota :

    • Adalah digalakkan anda memilih pakej Semi-Pro sebagai permulaan bina website.
    • Domain PERCUMA, hanya sah untuk domain xxxxx.com sahaja (domain antarabangsa)
    • Sila klik butang Order pada pakej yang dipilih sekiranya ingin membuat pembelian.

Ikut langkah berikut :

    1. Masukkan nama Domain pilihan anda
    2. Pilih sama ada mahu domain anda xxxxx.com atau pilihan lain yang ditawarkan. Klik anak panah. Domain PERCUMA hanya untuk Domain xxxxx.com sahaja.
    3. Klik butang Check untuk semak Domain yang dipilih masih boleh dibeli atau tidak.
    4. Jika nama Domain dipiih masih boleh dibeli maka tulisan akan menjadi hijau dan sekiranya Domain tersebut tidak boleh dibeli makan tulisan akan menjadi merah
    5. Sekiranya nama Domain masih boleh dibeli, klik butang Continue untuk proses seterusnya.
    1. Semak maklumat Hosting yang telah anda pilih
    2. Semak senarai harga Domain dan Hosting yang telah anda pilih. Sekiranya Domain PERCUMA untuk Domain, hanya harga Hosting sahaja dipamerkan.
    3. Pilih sama ada anda ingin membayar Domain dan Hosting untuk tempoh 12, 24 atau 36 bulan. Harga bayaran akan secara automatik akan dipamerkan setelah jumlah bulan dipilih.
    4. Sekiranya maklumat, jumlah bulan dan jumlah bayaran telah disemak dan betul, klik butang Continue untuk proses seterusnya.
    1. Semak nama Domain sama ada betul atau salah.
    2. Ini boleh pilih sama ada anda ingin perlindungan daripada Spam kepada laman web anda. Jika anda klik, makan tambahan bayaran 12.90 akan dikenakan.
    3. Klik butang Continue untuk proses seterusnya.
    1. Semak nama Domain dan Hosting sama ada sama seperti pilihan anda.
    2. Semak harga untuk pembelian Domain dan Hosting.
    3. Klik butang Checkout untuk proses seterusnya.
    1. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Untuk ruangan EMAIL, sediakan email khas untuk pendaftaran Domain dan Hosting. Semua maklumat dan setup berkaitan Domain dan Hosting akan dihantar ke email yang didaftarkan ini.
    2. Klik kotak ini untuk pengesahan
    3. Klik butang Complete Order untuk proses pembayaran pembelian Domain dan Hosting.

Setelah anda klik butang Complete Order, akan dipapar skrin seperti dibawah :

  • Semak semua maklumat yang dinyatakan di dalam invois sama ada sama seperti yang anda ingin serta maklumat adalah betul.
  • Klik ruangan yang bertanda anak panah untuk proses pembayaran melalui Paymetn Gateway

Seterusnya anda akan dipapar skrin seperti dibawah :

    1. Semak harga yang dipaparkan sama dengan Invois yang diberi.
    2. Sila pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan.
    3. Klik butang Pay Now untuk proses pembayaran melalui kaedah yang telah anda pilih.
    4. Ikuti langkah seterus di halaman Payment Gateway untuk selesaikan pembelian Domain dan Hosting ini.

Setelah selesai pembayaran melalui Payment Gateway, proses pembelian Domain dan Hosting telah berjaya. Anda akan menerima email notifikasi pembelian serta semua info berkaitan Domain dan Hosting. Sila pastikan anda menerima email pemberitahuan ini kerana ia diperlukan untuk mengakses cPanel atau server Hosting.

Anda akan menerima email seperti berikut :

      1. Buka email ini dan klik link untuk mengesahkan pembelian Hosting. Ikut arahan yang disertakan di dalam email ini.

      2. Buka email ini untuk memeriksa info berkaitan cPanel atau server Hosting laman web anda. Pastikan email ini disimpan dengan selamat dan  tidak dikongsi dengan pihak yang tidak berkenaan kerana ia amat penting untuk laman web anda.
      3. Semua email yang berkaitan yang diterima selepas pembelian Domain dan Hosting anda hendaklah disimpan dengan selamat untuk rujukan pada masa akan datang.

Scroll to Top